Friday, April 13, 2012

KEMANA KITA ?

KEMANA KITA ?

Perlukah apa segala

Rakyat merasa bukan seketika

Kenapa tiada nadi berdarah semula

Kawan-kawan dimana….

Perlu belaku adil

Kita kuatir akan tersingkir

Tiada kuasa tiada gembira

Sahabat hilang kawan tak datang

Perlu berlaku jujur

jangan tunggu sampai terlanjur

bilang kasih bilang sayang

madunya manis sekitika rasa

moral etika dicampak di buang

dilacori diri kerana wang..

aku lahir dikuala gali, dong

orang kampong… melayu sejati

ketika itu tanah aku punya..

hari ini dah kongsi dah bagi..

seinci deberi sedepa yang terbang

kita masih halpa..suka gembira ikut mereka

mau kemana kita?

Bayu perdana

13.4.12

Sunday, April 1, 2012

CALUN ANGGOTA LEMBAGA KOSMA

KAMARUL BAHARIN BIN DATO’ ABDUL RAHMAN SMP
(No. Anggota: 2175)

Latar Belakang:
Kelulusan: Masters of Business Administration (MBA)AIU.
Menyertai kursus kerjasama di Maktab Kerjasama Malaysia – 1971
Ahli Jawatankuasa Pengasas Koperasi Belia 4B Malaysia – SEGEMAL – 1971
Pernah berkhidmat dengan Koperasi Pengguna Pahang Berhad – Kuantan

JAWATANKUASA PENGEMBANGAN PERNIAGAAN & ASET KOSMA – 2010 – 2011

JAWATANKUASA PENGEMBANGAN PERNIAGAAN & ASET KOSMA – 2011 – 2012

LULUS SIJIL PENGGREDAN BUAH KELAPA SAWIT – MPOB NOV 2011

Pernah Berkhidmat dalam pengurusan Bank Conventional & Perbankan Islam, Perniagaan Minyak Sawit serta Aktiviti Hiliran.


“ OER NAIK DIVIDEN TAMBAH ! ”

Wednesday, March 7, 2012

WINNABLE CANDIDATE

WINNABLE CANDIDATE

Rakyat dan pengundi mengharapkan sebuah kerajaan yang berupaya memberi peningkatan kepada taraf hidup dengan kemudahan serta keperluan asas yang menyenangkan dalam suasana aman damai.

Proses DEMOKRASI memberi rakyat menentukan pemimpin yang difikirkan mampu dan berupaya untuk mencapai atau menjayakan pencapaian tersebut.

Siapa yang patut kita pilih?

Kita perlu mencari calon pemimpin yang layak melaksanakan tugas-tugas pencapaian tersebut. Kita tidak perlu disogok atau dibeli secara murahan dengan janji-janji yang belum tentu dapat ditunaikan.

Tentunya ada beberapa ciri perwatakan yang bolih menolong kita memilih yang terbaik diantara yang baik. Elok atau akan sempurnalah pilihan kita jika kita ada asas kualiti yang bolih kita guna pakai untuk penentuan ini.

Watak WINNABLE CANDIDATE

Tumpuan kepada ciri-ciri perwatakan ini elok kita tuliskan supaya kita tidak dipengaruhi olih ciri-ciri yang tidak memberi tumpuan kepada perkara-perkara relevan. Saya rasa perkara berikut perlu ada pada calon yang akan dipilih atau dikehendaki olih pengundi.

1. Rasional: Seorang yang berupaya mendengar atau meneliti sesuatu keadaan dan mengambil tindakan susulan yang baik kepada SEMUA rakyat.

2. Kewibawaan: Seorang yang mempunyai pesonaliti yang baik, berugama serta tiada rekod yang tidak disenangi rakyat.

3. Peneroka : Seorang yang berpelajaran, mempunyai pengetahuan dan pengalaman untuk meneroka sesuatu yang baru untuk kesejahteraan rakyat.

4. Inspirasi : Seorang yang berpengalaman dalam motivasi dan menjadi pengerak untuk pengikutnya bersama menuju kejayaan.

Kawan, anak buah, sahabat karib BUKAN penentuan.