Saturday, November 3, 2012

KETURUNAN MUHAMMAD JABAR BIN HAJI ABDUL KADIR

                                                    Keluarga Besar   bergambar ramai
                                          

                                          Penyampaian sumbangan dan bantuan kepada Guru
                                             Besar Sekolah Kebangsaan Muhammad Jabar


                                          Selokah Kebangsaan Muhammad Jabar, Dong, Raub


Perjumpaan Keluarga keturunan Muhammad Jabar bin Hj Abdul Kadir dilangsungkan pada 27 & 28 hb Oktober 2012 di Dewan Rakan Muda, Dong, Raub , Pahang. Lebih 300 orang anggota keluarga telah berkampong di Dong selama dua hari tersebut sekaligus merayakan Hari Raya Aidil Adha dengan qurban 5 ekor lambu.

Anggota Jawatankuasa pengelola perjumpaan ini telah berkerja keras untuk menjayakan pertemuan ini. AJK di ketuai oleh YH Dato' Abdul Wahab Majid cucu kepada MJHAK seorang wartawan mantan Ketua Setiausaha Akhbar Timbalan Perdana Menteri Malaysia Tun Hussein Onn.

Perjumpaan tersebut telah menyemarakkan silatulrahim antara anggota keluarga serta memberi maklumat yang mendalam tentang keturunan yang datangmya dari daerah Teluk Betung, Negeri Rao, di Sumatera Barat dan mengikut sejarahnya Ninda beliau adalah seorang pembesar di situ. Ayah beliau Haji Abdul Kadir atau Rinjam sebelum menunaikan Haji telah berhijrah dan berkahwin dengan anak pembesar Gunong Sitoli, di Pulau Nias. Baliau mempunyai seorang abang dan seorang adik perempuan. Abangnya Muhammad Jam  di hantar ke sekolah Belanda di Tapak Tuan  Ibu Negeri Tapanuli Barat.Muhammad Jabar ke Sekolah anak negeri di Sibolga. Muhammad Jam melanjutkan persekolahan nya di Fort de Kock (sekarang Bukit Tinggi) Satelah lulus dilantik sebagai guru di sekolah Belanda Holland Inlands School di Kota Raja ( Bandar Aceh) kemudian bertukar ke Permatang Siantar di Tapanuli dan kemudian ke Sibolga.

Apabila ibu mereka meninggal dunia di Gunong Sitoli ayahanda mereka Hj Abdul Kadir telah pergi  ke Malaya untuk mencari abang kandongnya Haji Abdul Majid di Sungai Jahit, Dong. Takdir menentukan abang beliau juga telah meninggal dan beliau telah mewarisi segala harta peninggalan abangnya. Semasa beliau bermastautin di Sungai Jahit itu lah Muhammad Jabar datang tinggal bersamanya.Muhammad Jabar telah menikah dengan gadis kelahiran Dong yang bernama Nadiah. Beliau telah dilantik menjadi Guru Besar Sekolah Melayu Dong pada tahun 1901 sehingga bersara dalam tahun 1925. Sebelum bersara beliau pernah dilantik sebagai Guru Pelawat di Pekan, Pahang.

Fakta juga menjayatan bahawa sekolah yang mula-mula ditubuhkan di Pahang adalah di Dong, Budu dan Pekan.

Mengikut penyelidikan juga didapati isteri Muhammad Jabar Moyang  Nadiah sebenarnya adalah berketurunan Sutan Embak Laut Selingjkar Alam ia itu dari Ketuanan Tanjung Alai, Padang Unang, Rao Mapat Tunggal, Sumatera Barat.

Penulis masih mencari lebih banyak fakta berkaitan susur galur keluarga besar ini.







No comments:

Post a Comment