Wednesday, March 30, 2011

ORIENTAL BANK BUAT KAKITANGAN BANKRAP

LATAR BELAKANG PEMBERIAN ESOS.

Pemberian ESOS dibuat dengan tujuan kepentingan majikan dan tidak bertanggung jawab menggunakan kakitangan sebagai alat untuk menambah modal bank yang dilanda keadaan tidak mematuhi Nisbah Modal Berwajaran Risiko.
1. Executive Share Option Scheme Oriental Bank Berhad (ESOS) telah di agihkan kepada lebih kurang 1,300 kakitangan OBB dan Oriental Finance Berhad anak syarikat OBB, kononnya sebagai penghargaan kepada perkhidmatan dan kerjasama mereka sehingga memulihkan prestasi kumpulan OBB selepas kemunduran ekonomi (1986 – 1989) yang menyebabkan penurunan nilai modal saham OBB kepada 5 sen setiap satu. Pengurusan OBB telah menguruskan pembiayaan ESOS dengan BSN Commercial Bank dan kakitangan tidak perlu mengeluarkan satu sen pun. Wang yang dikeluarkan dari BSN Commercial Bank dibayar turus kepada OBB untuk disuntikkan sebagai modal. Kami bukan ‘pelabur’ dan tiada menerima sebarang balasan.
2. Pada ketika itu OBB juga sedang menghadapi risiko tidak mematuhi Nisbah Modal Berwajaran Risiko “Capital Adequacy Requirement Risk-Weighted Capital Ratio” arahan Bank Negara Malaysia pada 4 August 1989. (RWCR).

3. RWCR OBB pada 30 April 1997 adalah 9.01% tinggi daripada tahap 8% yang di tetapkan olih Bank Negara Malaysia untuk dipatuhi setiap hari. Pengurusan OBB telah membuat dua pinjaman berjangka surbodinat bernilai RM50 juta setiap satu daripada MIDF syarikat induk OBB, pada 31 oktober 1996 dan 31 Mach 1997 untuk menurunkan nisbah tersebut..

4. Pengurusan OBB telah mengelirukan atau menipu atau memperdayakan kakitangan untuk kepentingan mereka. Dan telah gagal dalam tugas penjagaan (duty of care) terhadap kakitangan.

5. Perkara ini jelas dan nyata seperti isi kandungan surat Datuk Ramly Ahmad Pengarah Eksekutif OBB kepada Dato’ Seri Anwar Ibrahim Menteri Kewangan Malaysia pada 23 Jun 1997.

6. Dalam pemberian ESOS tersebut kakitangan tidak perlu membayar apa apa bayaran; ini bermakna faedah bank akan terakru; hanya bayaran akan di buat selepas penyenaraian saham tersebut. Ini dibuktikan dengan surat dari OBB kepada BSN bertarikh 4 Febuari 1997 dan pengesahan olih BSN pada21 Mach 1997.

7. Kelemahan pihak pengurusan menyenaraikan OBB hingga 1997 dan dihalang olih kemelesetan ekonomi; OBB tidak disenaraikan. Untuk rekod, Bank Utama Malaysia Berhad memohon untuk disenaraikan kemudian dari OBB tetapi disenaraikan dengan sempurna.

8. Dalam tahun 2000 pengambungan(merger) diumumkan dan berbagai andaian dinyatakan tetapi yang pasti OBB di ambil olih Eon Bank Berhad dengan pinjaman lunak (soft loan) diberi olih BNM tanpa mempedulikan nasib kakitangan.

9. Ketika proses penggabungan Encik Mohammad Faiz Azmi, rakan kongsi kanan Price waterhouse Coopers ada menyatakan bahawa nasib kakitangan akan dibela olih Eon Bank.”..welfare of OBB staff will be taken care of after the merger exercise..propose to write off”

10. Tetapi kata-kata ini hanya menanam tebu dimulut. Sungguh pun Eon Bank sedar ketika due diligence exercise ESOS tiada harga; mereka masih menerima liability tersebut.

11. Eon Bank telah menukar ESOS kepada pinjaman olih kakitangan dan menentukan syarat syarat yang ditetapkan olih mereka sendiri.

12. Sebagai kakitangan saya tiada apa apa pilihan hanya untuk menerima padahnya.

13. Semua pehak memberi harapan untuk menyelesaikan hutang lapok ini tetapi yang tinggal hanya harapan.

14. SIAPA YANG BOLEH MENYELAMATKAN KAMI BANKRAP BERAMAI_RAMAI.