Saturday, August 17, 2013

BAHASA KEBANGSAAN - BAHASA MALAYSIA


Pagi tadi selepas solat subuh seperti biasa saya berjalan ke Taman Rakyat, Taman Andalas, Klang, Selangor. Setiba saya menghampiri padang ditaman tersebut saya terdengar syarahan dalam bahasa Mandarin menggunakan pembesar suara dan siar raya. Saya dapati satu kumpulan Cina berbaju dan seluar putih lebih 100 orang berbaris dipadang tersebut. Saya difahamkan mereka datang dari jauh dan dekat untuk perjumpaan latihan "Qikung".

TIDAK SEPATAH pun perkataan dalam Bahasa Malaysia digunakan !
KEMANA ARAH rakyat MALAYSIA dalam mengguna dan menghormati Bahasa Kebangsaan, Bahasa Malaysia di kalayak umum ditempat awam ?

Demi negara yang tercinta ini; Bandaraya, Majlis Perbandaran atau Daerah wajib mengeluarkan arahan supaya SEMUA aktiviti di tempat awam menggunakan BAHASA MALAYSIA. Saya berminat tetapi saya TIDAK faham !

Saturday, August 10, 2013

PERSEKUTUAN TANAH MELAYU DAN NASIB MELAYU!



Rata-rata masyarakat  masih berbincang dan berfikir untuk memahami hala tuju bangsa diMalaysia.  Perpecahan mengikut keturunan semakin ketara dan jelas membahagi masyarakat menjadi perkauman.

Sebelum PRU 13 Perdana Menteri Malaysia YAB Dato’ Seri Najib Razak  tanpa henti menemui persatuan dan  kumpulan kaum India dan Cina juga Melayu dimerata ceruk perkampongan. Sambutan yang dipamirkan ketika itu melihatkan penuh sokongan dan semua bersetuju dengan slogan “janji ditepati!”
MCA , Gerakan dan MIC kelihatan bersepadu dengan UMNO. Malah gambaran untuk BN mencapai 2/3 BOLEH dipercayai dicapai.

Dalam waktu yang sama pembangkang menyebar dakyah  “ubah”, “asal bukan UMNO” BN korupt dan berbagai tohmahan lagi beserta NGO anti kerajaan menaja perhimpunan jalanan.

“Lebih senang menuding jari mencari salah kerajaan BN  dari melaksanakan tindakan kebaikan untuk masyarakat.” 

Tiba PRU13 semua berkeyakinan akan menang; BN yakin akan menang dengan majority yang lebih dan PR berkeyakinan boleh tawan Putrajaya seperti yang di laungkan oleh Anwar.

KEPUTUSAN sebenar negara telah berbelah bagi. BN menang tipis.  MCA dan Gerakan TIDAK menyumbang kemenangan seperti yang dijanjikan. Terfikir kita kenapa kedudukan sebenar tidak dibawa kemeja perundingan sebelum PRU13…kenapa  MCA dan Gerakan  tidak membentangkan fakta sebenar.

SEDIH dan resah rasa hati jika dikenang kembali apa Persekutuan Tanah Melayu yang diperentah oleh Raja-Raja Melayu  yang dihormati oleh kaum Cina dan India ketika kerakyatan diberi dahulu sudah dilupai dan ditukar oleh majority mereka untuk terus menghapuskan UMNO atau orang Melayu yang menerima mereka dinegara ini. Tapi mereka maukan pangkat dan anugerah dari Sultan-Sultan Melayu malah sanggup membayar untuk menjadi “Datuk”

Saya terasa tertipu sangat kerana Persekutuan Tanah Melayu langsung tidak diingati terus dilupai. Malah langsung tiada mengenang jasa kebaikan yang kita berikan.  Jika kita lihat di Indonesia, diThailand, ada kah sekolah Cina dan India didirikan oleh kerajaan Indonesia dan Thailand ? Adak kah nama Cina dan India digunakan di Indonesia dan Thailand ? 

Patut kah sekarang mereka yang diberi tinggal di sini memerintahkan orang MELAYU supaya diberi segala kuasa kepada mereka ?

Persekutuan Tanah Melayu memberi mereka tinggal di Negara ini .. berniaga dan menjadi kaya. Orang Melayu tidak pernah cemburu atau curiga semua bandar dan gedungraya mereka punya. Apakah orang Melayu juga sanggup dihalau dan memberi mereka segala pentadbiran dan memerintah   orang yang menolong mereka dahulu ?  SIAPA yang racis ?