Wednesday, March 7, 2012

WINNABLE CANDIDATE

WINNABLE CANDIDATE

Rakyat dan pengundi mengharapkan sebuah kerajaan yang berupaya memberi peningkatan kepada taraf hidup dengan kemudahan serta keperluan asas yang menyenangkan dalam suasana aman damai.

Proses DEMOKRASI memberi rakyat menentukan pemimpin yang difikirkan mampu dan berupaya untuk mencapai atau menjayakan pencapaian tersebut.

Siapa yang patut kita pilih?

Kita perlu mencari calon pemimpin yang layak melaksanakan tugas-tugas pencapaian tersebut. Kita tidak perlu disogok atau dibeli secara murahan dengan janji-janji yang belum tentu dapat ditunaikan.

Tentunya ada beberapa ciri perwatakan yang bolih menolong kita memilih yang terbaik diantara yang baik. Elok atau akan sempurnalah pilihan kita jika kita ada asas kualiti yang bolih kita guna pakai untuk penentuan ini.

Watak WINNABLE CANDIDATE

Tumpuan kepada ciri-ciri perwatakan ini elok kita tuliskan supaya kita tidak dipengaruhi olih ciri-ciri yang tidak memberi tumpuan kepada perkara-perkara relevan. Saya rasa perkara berikut perlu ada pada calon yang akan dipilih atau dikehendaki olih pengundi.

1. Rasional: Seorang yang berupaya mendengar atau meneliti sesuatu keadaan dan mengambil tindakan susulan yang baik kepada SEMUA rakyat.

2. Kewibawaan: Seorang yang mempunyai pesonaliti yang baik, berugama serta tiada rekod yang tidak disenangi rakyat.

3. Peneroka : Seorang yang berpelajaran, mempunyai pengetahuan dan pengalaman untuk meneroka sesuatu yang baru untuk kesejahteraan rakyat.

4. Inspirasi : Seorang yang berpengalaman dalam motivasi dan menjadi pengerak untuk pengikutnya bersama menuju kejayaan.

Kawan, anak buah, sahabat karib BUKAN penentuan.