Saturday, August 17, 2013

BAHASA KEBANGSAAN - BAHASA MALAYSIA


Pagi tadi selepas solat subuh seperti biasa saya berjalan ke Taman Rakyat, Taman Andalas, Klang, Selangor. Setiba saya menghampiri padang ditaman tersebut saya terdengar syarahan dalam bahasa Mandarin menggunakan pembesar suara dan siar raya. Saya dapati satu kumpulan Cina berbaju dan seluar putih lebih 100 orang berbaris dipadang tersebut. Saya difahamkan mereka datang dari jauh dan dekat untuk perjumpaan latihan "Qikung".

TIDAK SEPATAH pun perkataan dalam Bahasa Malaysia digunakan !
KEMANA ARAH rakyat MALAYSIA dalam mengguna dan menghormati Bahasa Kebangsaan, Bahasa Malaysia di kalayak umum ditempat awam ?

Demi negara yang tercinta ini; Bandaraya, Majlis Perbandaran atau Daerah wajib mengeluarkan arahan supaya SEMUA aktiviti di tempat awam menggunakan BAHASA MALAYSIA. Saya berminat tetapi saya TIDAK faham !

No comments:

Post a Comment