Rata-rata masyarakat masih berbincang dan berfikir untuk memahami
hala tuju bangsa diMalaysia. Perpecahan
mengikut keturunan semakin ketara dan jelas membahagi masyarakat menjadi
perkauman.
Sebelum
PRU 13 Perdana Menteri Malaysia YAB Dato’ Seri Najib Razak tanpa henti menemui persatuan dan kumpulan kaum India dan Cina juga Melayu
dimerata ceruk perkampongan. Sambutan yang dipamirkan ketika itu melihatkan
penuh sokongan dan semua bersetuju dengan slogan “janji ditepati!”
MCA , Gerakan dan MIC
kelihatan bersepadu dengan UMNO. Malah gambaran untuk BN mencapai 2/3 BOLEH
dipercayai dicapai.
Dalam waktu yang sama
pembangkang menyebar dakyah “ubah”, “asal
bukan UMNO” BN korupt dan berbagai tohmahan lagi beserta NGO anti kerajaan
menaja perhimpunan jalanan.
“Lebih senang menuding jari
mencari salah kerajaan BN dari
melaksanakan tindakan kebaikan untuk masyarakat.”
Tiba PRU13 semua
berkeyakinan akan menang; BN yakin akan menang dengan majority yang lebih dan
PR berkeyakinan boleh tawan Putrajaya seperti yang di laungkan oleh Anwar.
KEPUTUSAN sebenar negara
telah berbelah bagi. BN menang tipis.
MCA dan Gerakan TIDAK menyumbang kemenangan seperti yang dijanjikan.
Terfikir kita kenapa kedudukan sebenar tidak dibawa kemeja perundingan sebelum
PRU13…kenapa MCA dan Gerakan tidak membentangkan
fakta sebenar.
SEDIH dan resah rasa hati
jika dikenang kembali apa Persekutuan Tanah Melayu yang diperentah oleh
Raja-Raja Melayu yang dihormati oleh
kaum Cina dan India ketika kerakyatan diberi dahulu sudah dilupai dan ditukar
oleh majority mereka untuk terus menghapuskan UMNO atau orang Melayu yang
menerima mereka dinegara ini. Tapi mereka maukan pangkat dan anugerah dari
Sultan-Sultan Melayu malah sanggup membayar untuk menjadi “Datuk”
Saya terasa tertipu sangat
kerana Persekutuan Tanah Melayu langsung tidak diingati terus dilupai. Malah
langsung tiada mengenang jasa kebaikan yang kita berikan. Jika kita lihat di Indonesia, diThailand, ada
kah sekolah Cina dan India didirikan oleh kerajaan Indonesia dan Thailand ? Adak
kah nama Cina dan India digunakan di Indonesia dan Thailand ?
Patut kah sekarang mereka
yang diberi tinggal di sini memerintahkan orang MELAYU supaya diberi segala
kuasa kepada mereka ?
Persekutuan Tanah Melayu memberi
mereka tinggal di Negara ini .. berniaga dan menjadi kaya. Orang Melayu tidak
pernah cemburu atau curiga semua bandar dan gedungraya mereka punya. Apakah
orang Melayu juga sanggup dihalau dan memberi mereka segala pentadbiran dan
memerintah orang yang menolong mereka dahulu ? SIAPA yang racis ?
No comments:
Post a Comment